Liputan Perang Hamas : 1 Disember 2023 selepas gencatan senjata tamat

 “Kami akan tuntut semula hak kami

secara paksa terhadap engkau, wahai Netanyahu!

Dan engkau akan ketahui keupayaan kami

dengan izin Allah!”

Yahya Sinwar, pimpinan Hamas.

----------------------------------------------------------------------------

2:03 PM -  Bunyi tembakan kedengaran bersama pesawat tentera dan dron yang mula terbang di atas kawasan barat laut Bandar Gaza. 

Seorang askar Israel cedera selepas dibaling dengan batu di kepala semasa pertempuran dengan pemuda di Bethlehem, Tebing Barat.

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan: 

"Askar penjajah membebaskan ibu bapa pelaku operasi Baitulmaqdis, dan melanjutkan penahanan adik beradik mereka iaitu, Muhammad, Ahmed dan Haitham Nimr, dan sepupu mereka Ma'mun Nimr.”

Pesawat peninjau penjajah terbang di altitud rendah di pelbagai tempat di wilayah Semenanjung Gaza.

Pertempuran yang sangat sengit di antara pejuang dan tentera penjajah di utara Gaza.

              ---------------------------------------------------------------------------------------------

2:04 PM

Tembakan artileri dan serangan dron penjajah mula disasarkan di Khuza’a, Absan dan Khan Younis di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.

                                   Pesawat Israel mengebom sebuah rumah di Jabalia, Gaza

Wartawan Shehab: Beberapa penduduk Gaza yang cedera tiba di Hospital Kamal Adwan akibat penjajah yang menyasarkan penduduk di kawasan Al-Shaimaa, utara Gaza.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2:05 PM - Artileri Israel menyasarkan timur Rafah

Pesawat penjajah mengebom sebuah rumah di Rafah sebentar tadi


Sumber tempatan: Pertempuran sengit antara pasukan mujahideen dan tentera penjajah di kawasan Al-Tawam, barat laut Gaza.



2:07 PM

Rakyat Gaza yang cedera dipindahkan ke Hospital Shuhada Al-Aqsa di wilayah tengah Semenanjung Gaza selepas penjajah Israel membuat serangan.



3:34 PM


Siren terus berbunyi di penempatan sekitar Gaza yang dijajah Israel (Gaza Envelope)
4 syuhada' disahkan selepas Israel mengebom sebuah rumah di Rafah, Gaza.


Pejabat Media Kerajaan di Gaza:


1) Tentera penjajah mula meneruskan perang kejamnya terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

2) Komuniti antarabangsa, yang diketuai oleh Amerika Syarikat, diwakili oleh Presiden Amerika dan Menteri Luarnya, memikul tanggungjawab atas jenayah penjajah selepas memberi lampu hijau untuk meneruskan perang tanpa mengambil kira undang-undang perang dan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

3) Rakyat Palestin kita mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dengan segala cara dan mencapai kebebasan dan kemerdekaan mereka.

3:35 PM 

Pangsapuri yang dibom oleh pesawat penjajah di Pekan Hamad di Khan Yunis, Gaza.


Kementerian Kesihatan di Gaza: 

Tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai baru di Semenanjung Gaza sejurus selepas berakhirnya gencatan senjata, yang meragut nyawa beberapa orang dan yang lain cedera.

Sumber Hebrew:

Kota Ashkelon yang dijajah telah disasarkan dengan peluru berpandu, sebentar tadi.

3:36 PM

Telah syahid, Ahmed Ayush dalam pengeboman penjajah di sebuah apartmen di Pekan Hamad di Khan Yunis. Moga Allah merahmati beliau.

Sasaran di Khan Yunis hari ini:

1) Sebuah rumah milik keluarga Qanan menjadi sasaran di sekitar Hospital Nasser, dan seorang syahid.

2) Penjajah menyasarkan sebuah apartmen kediaman di Pekan Hamad, membunuh dua orang.

3) Sebuah rumah milik keluarga Abu Daqqa menjadi sasaran di kawasan Abasan Al-Kabira, dan mangsa sudah sampai di Hospital Eropah.

4) Beberapa serangan ke atas tanah pertanian di Qaizan Al-Najjar, sekitar Al-Eurbi, Bani Suhaila, dan Timur Al-Qarara.

5) Tembakan artileri dahsyat di sepanjang kawasan timur gabenor.

Kementerian Kesihatan:

Jumlah mangsa pembunuhan beramai-ramai penjajah meningkat kepada 14 orang dalam tempoh dua jam selepas gencatan senjata berakhir, dan berpuluh-puluh cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Serangan di Rafah setakat ini:

1) Penjajah menyasarkan rumah keluarga Adwan di kem Al-Shaboura.

2) Tembakan artileri tanpa henti di timur Rafah.

3) Penjajah menyasarkan rumah milik keluarga Hussein di Tal al-Sultan.

4) Penjajah menyasarkan rumah milik keluarga Abu Al-Enein di belakang Jalan Magdy Younis

5) Penjajah menyasarkan tanah pertanian bertentangan dengan kejiranan Saudi di belakang Stadium Al-Istiklal di Tal Al-Sultan.

6) Dua serangan ke atas tanah pertanian di timur Rafah.



3:37 PM
 Jumlah syahid meningkat kepada 21 orang dan berpuluh-puluh cedera akibat pengeboman baharu Zionis Israel di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.


Solat jenazah buat dua syuhada yang terkorban dalam serangan artileri di utara Gaza.

3:54 PM


                              Pesawat penjajah melancarkan serangan baru ke atas Rafah, Gaza.

Jumlah syahid di Semenanjung Gaza meningkat kepada 26 orang.

3:55 PM


Kanak-kanak yang cedera selepas serangan terbaru penjajah di Semenanjung Gaza.

3:59 PM

Pesawat penjajah memusnahkan Masjid Halima di tengah Khan Yunis, Gaza.

4:00 PM

Serbuan penjajah Israel ke atas Rafah telah menyasarkan tanah pertanian di kejiranan Brazil dan kejiranan As-Salam: 

-  Penjajah Israel menyasarkan sebuah rumah di kem Ashdod di tengah Rafah.
- Sebilangan mangsa kini telah tiba di Hospital Al-Najjar, timur Rafah.

4:58 PM


Jenazah para syuhada yang terkorban dalam serangan penjajah yang memusnahkan beberapa buah rumah di Semenanjung Gaza.


Kepala anak kecil perempuan ditemui dari bawah runtuhan rumah keluarganya selepas dibom oleh tentera penjajah.

                                                              Kementerian Luar Qatar:

Qatar dan pengantara lain komited untuk meneruskan usaha yang membawa kepada gencatan senjata dan tidak akan teragak-agak untuk melakukan segala yang perlu untuk kembali tenang.

                                                      Briged Assyahid Abu Ali Mustafa:

Kami mengebom penempatan "Sderot" dan "Kfar Azza" dengan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap jenayah penjajah terhadap rakyat kita.

5:00 PM


Serangan terbaru ke atas Rafah, Gaza oleh pesawat tentera penjajah.


Mereka terpaksa membawa mangsa bom Zionis di Khan Younis dengan apa cara sekalipun ke hospital.

Sumber: Mikraj Channel

5:32 PM

"Dua anggota paramedik terbunuh selepas penjajah mengebom ambulans berhampiran Kompleks Al-Shifa."

"Briged Al-Qassam memusnahkan kumpulan tentera musuh di barat laut Kota Gaza dengan letupan sistem peluru berpandu "Rujum" 114 mm dan peluru mortar berkaliber berat.

5:33 PM


Siren kini berbunyi di Netiv Haasara dan Yad Mordechai yang terletak berhampiran Semenanjung Gaza.

5:34 PM


Adegan perpisahan dan kehilangan kembali ke Gaza selepas pengeboman penjajah yang menyasarkan rumah, orang awam dan kanak-kanak pagi ini.

Anak kecil ini menangisi pemergian bapanya yang syahid dalam serangan penjajah di Semenanjung Gaza.

5:46 PM

Sebuah kenderaan penduduk Israel terbakar selepas peluru berpandu yang dilepaskan oleh pejuang dari Semenanjung Gaza jatuh ke atas penempatan tersebut.

6:40 PM


“Oh sayangku, aku baru nak buat persiapan untuk sambutan hari lahirmu yang ke 5.” 

Itu yang berulang kali disebut oleh si ibu selepas anak perempuannya dibunuh oleh tentera penjajah dalam serangan yang menyasarkan rumah di Semenanjung Gaza.


Bayi berusia dua hari ini terselamat selepas ditarik keluar dari bawah runtuhan akibat serangan udara Israel di Gaza. Ketika bajunya dibuka boleh nampak batu-batu dari sisa runtuhan

6:42 PM


Rejim pengganas Israel menindas jemaah muslimin di kejiranan Wadi al-Jouz di Baitulmaqdis ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat di jalanan, selepas menghalang mereka daripada sampai ke Masjid Al-Aqsa.

Sumber: Syabkah Quds Ikhbariah


Pemimpin Hamas, Khalil al-Hayyah : 

1. Musuh mengalami ribuan kematian dan kecederaan di kalangan askar dan kemusnahan ratusan kenderaan tentera dengan keteguhan para mujahidin.

2. Rejim pengganas Zionis melancarkan bedilan hari ini dari Rafah di selatan Gaza sehingga Beit Hanoun di utara dan tiada  kawasan yang terlepas dari pengeboman mereka.

3. Matlamat utama rejim penjajah Zionis di Gaza adalah pembunuhan dan pemusnahan.

4. Musuh sedang menjalankan  dasar pengusiran hari ini, dan kami mengutuk dunia berdiam diri terhadap perkara itu.

Sumber: Wakalah Shehab


"Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal Zionis dengan alat letupan "Shawaz" di utara Kota Gaza."



8:22 PM

"Briged Al-Qassam mengebom pangkalan tentera "Ra'im" dengan peluru berpandu."

Rejim Israel telah mengeluarkan sebuah peta 'zon pemindahan'.

Berdasarkan gambar, jelas Gaza telah dibahagikan kepada ribuan zon kecil. Ini merupakan salah satu persediaan rejim Israel terhadap fasa baharu perang di Gaza.

Apakah tujuannya?

📍 Setiap penduduk Palestin perlu patuh dengan arahan yang dikeluarkan rejim Israel mengikut nombor zon yang mereka duduki. 

📍 Pembahagian zon dikatakan memudahkan pergerakan penduduk Palestin untuk berpindah dari zon bahaya ke zon yang lebih selamat, sekaligus mengurangkan kadar kesyahidan di Gaza.

📍 Cara ini juga kononnya memudahkan rejim Israel untuk membezakan pengganas dengan orang awam.

Sumber:
Anadolu Ajansi
Haaretz
AlJazeera

8:23 PM

Sebuah keluarga sedang mengumpul pakaian mereka dari bawah runtuhan kediaman yang dibom semasa serangan rejim Israel ke atas Gaza.  Sumber: QNN

10:14 PM

Telah syahid, Montaser Mustafa Al-Sawaf, seorang jurugambar untuk Agensi Anadolu Turki di Kota Gaza.

10:15 PM

Gambar kenderaan tentera Zionis yang terkena peluru mortar Briged Al Qassam, mencederakan 5 tentera Israel.


Bom yang tidak meletup yang dijatuhkan oleh pesawat Israel di sebuah rumah di kem pelarian Yebna di bandar Rafah, Gaza.

Comments

Popular posts from this blog