KENYATAAN TIMBALAN PENGERUSI HAMAS, DR KHALIL AL HAYYA

 

TIMBALAN PENGERUSI HAMAS, DR KHALIL AL HAYYA

KENYATAAN TIMBALAN PENGERUSI HAMAS, DR KHALIL AL HAYYA

Pihak penjajah bersedia untuk kembali meneruskan jenayahnya ke atas Gaza

Kami telah membentangkan beberapa tawaran dalam pertukaran tebusan dengan Israel

Pihak kami sudah membebaskan 85 wanita dan kanak kanak semasa tempoh gencatan senjata ini. Penjajah telah menyerahkan kepada pihak tengah senarai nama dan kesemuanya hanyalah tentera wanita. 

Mereka juga menolak tawaran kami untuk membebaskan tawaran warga emas Palestin sebagai tukar ganti dengan tawanan warga emas mereka di Gaza 

Kami sudah bersedia dengan 3 tawaran berkaitan pertukaran tebusan itu tetapi penjajah menolak kesemuanya dan tidak mahu berbincang mengenainya. Kami sudah memaklumkan kepada pihak tengah bahawa kami bersedia untuk menukarkan tawanan orang awam sehinggalah gencatan senjata tercapai

Saya tidak mempunyai jumlah spesifik para tawanan yang kita ada. Tapi kita haruslah ada tawanan yang cukup untuk pertukaran ini

 Kami sudah bersedia dengan pertukaran tebusan baru dengan permulaan menggunakan warga emas di bawah syarat spesifik. Pihak penjajah yang tidak mahu perkara itu padahal kami sudah sedia jika mereka setuju. Kami kekal berhubung dengan pihak tengah sehinggalah pagi ini (Waktu Tempatan atau Tengah hari tadi waktu Malaysia) namun kemudian gencatan senjata berakhir dan pengeboman mereka bermula

Kami tiada isu mengenai pertukaran tawanan tentera wanita tetapi mereka menghantar semua nama kepada pihak tengah hanya nama tentera wanita sahaja

Pihak penjajah juga menolak untuk membebaskan editor Shalit sebagai pertukaran pembebasan jenazah Keluarga Bibas 

Tetapi kini, Pihak musuh sudah mengalami kehilangan besar dengan ribuan tentera mereka cedera dan terbunuh selain ratusan kenderaan mereka musnah kerana keteguhan para pejuang 

Pihak penjajah melancarkan serangan ke atas Rafah di Selatan Gaza sehinggalah ke Beit Hanoun di Utara Gaza dan tiada kawasan selamat dari pengeboman mereka . Misi utama mereka ialah Membunuh rakyat dan memusnahkan Gaza. Mereka juga mahu memastikan rakyat Palestin hilang tempat tinggal 

Sasaran fasa seterusnya ialah memaksa sebahagian rakyat Palestin ke Mesir. Musuh sedang melaksanakan perkara itu dan malangnya dunia hanya berdiam diri mengenalinya 

Kenyataan US sudah berubah menyebabkan rakyat dunia rasa situasi sudah berubah dan mereka melindungi Israel dan menggalakkan dia melakukan keganasan dan US sangat berkemampuan untuk menghalang keganasan dan serangan Israel ini. 

KHALIL AL HAYYA
1 DISEMBER 2023

                            

                        

Comments

Popular posts from this blog